Thursday, January 13, 2011

SuratKU untukMU...




Assalamualaikum WBT ,

”TERUSKAN MEMBACA.....ANDA PASTI TERKEJUT KERANA 95 % ORANG ISLAM TIDAK TAHU MENGENAI PERKARA INI ”

Tuan / Puan ,

Kita berusaha kuat seumur hidup kita untuk mengumpulkan harta seperti rumah, tanah, akaun simpanan, ASB, ASN, Akaun Tabung Haji dan sebagainya. Untuk siapakah semua ini ? Pastinya untuk waris-waris tersayang seperti anak-anak dan pasangan.

Tetapi sedarkah kita bahawa sekiranya kita dipanggil pulang oleh Allah SWT hari ini , berkemungkinan harta-harta yang telah kita usahakan selama ini MENJADI BEBANAN ATAU MASALAH YANG BESAR KEPADA WARIS-WARIS KITA KELAK.

Untuk pengetahuan Tuan / Puan, masyarakat Islam di Malaysia kini sedang berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam urusan Harta Pusaka. Sehingga kini, lebih dari RM40 billion Harta Pusaka orang Islam terbeku dan belum dituntut.

Masalah ini berpunca daripada tanggapan masyarakat Islam bahawa pengurusan harta pusaka adalah satu perkara yang mudah dan remeh tanpa menyedari apabila berlaku kematian,proses untuk menuntut harta pusaka yang ditinggalkan seringkali menyebabkan;

• PERTELINGKAHAN ANTARA KELUARGA
• PROSES UNDANG – UNDANG YANG RUMIT
• CAJ PENGURUSAN YANG MAHAL

Seandainya Tuan / Puan tergolong didalam mana-mana kategori berikut , Tuan / Puan perlu membuat sesuatu;

• TIDAK MAHU WARIS TERBEBAN
• TIDAK MEMPUNYAI ANAK
• MEMPUNYAI ANAK PEREMPUAN SAHAJA
• MEMPUNYAI ANAK ANGKAT
• BERPOLIGAMI
• MEMPUNYAI FORMULA PEMBAHAGIAN SENDIRI


Oleh itu saya ingin berkongsi maklumat mengenai cara yang paling EFEKTIF untuk menangani masalah di atas supaya waris-waris Tuan / Puan dapat mewarisi harta Tuan/Puan dengan lebih MUDAH.

Sila hubungi saya ditalian 013-208 3376 atau emelkan kepada udawasi@gmail.com untuk sebarang pertanyaan atau rundingcara secara PERCUMA di pejabat saya di Bukit Jelutong, Shah Alam.


Semoga Fardhu Kifayah yang kita usahakan ini mendapat keridhaan-NYA.


Sekian, Terima Kasih.


Mashudah Bin Abdul Samad
WASI PUSAKA SDN BHD
013-208 3376
udawasi@gmail.com

p/s: kepada Agency Manager / Unit Manager (samada dr unit trust,insurans, takaful dll ) yang ingin berkerjasama dengan saya, kesediaan anda dialu-alukan...TQ

Friday, January 7, 2011

Jgn Tinggal Daku Wahai Isteri...

Bersambung kembali..asik citer suami jer yang meninggal, tapi kalau isteri pula meninggal mcm kes cik abang kita dibawah ni...macamana pula pengiraan FARAiDnya?


Q4. Jika isteri cik abang tadi meninggal dunia dan warisnya terdiri daripada ayah, ibu, suami ,2 orang anak lelaki & 2 orang anak perempuan?

Mengikut formula FARAiD;
Ayah - 1/6
Ibu - 1/6
Suami - 1/4
Baki - Dikongsi bersama antara anak lelaki & anak perempuan (nisbah 2:1)

Mari kita mengira;
1/6 + 1/6 + 1/4
= 2/12 + 2/12 + 3/12
= 7/12

Maka baki adalah; 12/12 - 7/12 = 5/12

Anak lelaki 2 orang, maka 2X2 = 4
Anak perempuan juga 2 orang, maka 2X1 = 2
Jumlahnya 4 + 2 = 6

Nilai baki iaitu 5 dibahagikan dengan 6 menjadi 0.83333 - tidak mendapat nombor bulat.
Masih ingat lagi untuk memudahkan kiraan, kita mesti membesarkan nombor pembawah iaitu 12 X 6 = 72.

Maka,
2/12 + 2/12 + 3/12 menjadi
12/72 + 12/72 + 18/72
= 42/72

Baki terbaru; 72/72 - 42/72 = 30/72

Maka, baki terbaru iaitu 30 akan diterima oleh anak lelaki & anak perempuan simati dengan kadar nisbah 2:1.
30 dibahagikan dengan 6 --> 30/6 = 5
5 didarabkan dengan 2 menjadi 10.
Oleh itu bahagian anak lelaki 10/72 dan anak perempuan mendapat sebanyak 5/72.

Hasil keseluruhan pengiraan diatas adalah seperti berikut;
Ayah - 12/72 bah.
Ibu - 12/72 bah.
Suami - 18/72 bah.
Anak Lelaki - 10/72 bah. setiap seorang.
Anak Perempuan - 5/72 bah. setiap seorang.

abis sudaaaa...mmm, kalau yang ditinggalkan itu  wang bernilai RM100,000.oo...maka suami mendapat 18/72 X 100,000 = RM25,000.oo
Wow!...tanyer kat cik abang kat atas tu..cukup ker nak wat kenduri kawen?
opppsss!..isteri2 & akak2 jgn mare ye...fitrah orang lelaki tak leh idop sengsorang lelama...tunggang-langgang jadiknye...tapi bukan sumer...ini hanyalah satu contoh bagaimana kiraan FARAiD untuk kes diatas dan aplikasinya terhadap harta yang ditinggalkan oleh si mati.



Q5. Untuk kes seterusnya sama seperti diatas cuma si mati hanya mempunyai 1 orang anak dara (tak semesti anak dara tapi 1 orang anak perempuan)?

Formula FARAiD;
Ayah - 1/6
Ibu - 1/6
Suami - 1/4
Anak Perempuan - 1/2

Pengiraan dimulakan seperti biasa;
1/6 + 1/6 + 1/4 + 1/2
= 2/12 + 2/12 + 3/12 + 6/12
= 13/12

Nilai diatas lebih besar daripada nilai di bawah, maka ini adalah kes AUL.
Oleh itu pembahagian FARAiD adalah seperti berikut;

Ayah - 2/13 bah.
Ibu - 2/13 bah.
Suami - 3/13 bah.
Anak Perempuan - 6/13 bah.

simple sajerr...next?


Q6. Bagaimana pula kalau hanya ada 2 atau lebih anak perempuan?

Formula FARAiD;
Ayah  - 1/6
Ibu - 1/6
Suami - 1/4
Anak Perempuan - 2/3

Pengiraan;
1/6 + 1/6 + 1/4 + 2/3
= 2/12 + 2/12 + 3/12 + 8/12
= 15/12

Juga kes AUL.

Maka;
Ayah - 2/15 bah.
Ibu - 2/15 bah.
Suami - 3/15 bah.
Anak perempuan - 8/15 bah. atau 4/15 bah. setiap seorang.

yeaaah..nampaknya isteri2 & akak2 dah jelaskan tentang pembahagian FARAiD jika seorang isteri meninggal dunia...tetapi jika ada yang nak tahu bagaimana nak bahagi harta pada orang-orang tertentu sahaja, kenalah buat dokumen perancangan seperti harta sepencarian, hibah, wasiat 1/3 dan lain-lain.

mmmm..jam sudah menunjukkan 8.25pm...mata pun dah kuyu mengadap laptop ni..insyALLAH kita ketemu lagi dilain masa....pengiraan FARAiD yang melibatkan waris-waris selain diatas seperti adik beradik si mati dan baitul-mal pun menerima harta si mati.

Jangan lupa jenguk/singgah di laman saya lagi...TQ
bersambung.... 

Thursday, January 6, 2011

MARi MENGiRA FARAiD


Q.Bagaimana mengira bahagian FARAiD setiap waris Qadim di atas?

1.Untuk mengira faraid, 1st of all kita mesti tahu siapakah waris-waris qadim yang berhak mewarisi harta si mati.
2.Selepas itu kita mesti tahu berapakah pecahan bagi setiap waris-waris Qadim tersebut.
3.Jom mengira!

Bagi kes diatas, Suami meninggal dunia dan waris-waris Qadimnya terdiri daripada;
Seorang Ayah
Seorang Ibu
Seorang Isteri
Seorang Anak Lelaki dan
Seorang Anak Perempuan.

Manakala pecahan bagi setiap waris tersebut mengikut Hukum Faraid adalah seperti berikut;
Ayah - 1/6
Ibu - 1/6
Isteri - 1/8
Anak Lelaki & Anak Perempuan - Nisbah 2:1

Maka;
1/6 + 1/6 + 1/8 = 4/24 + 4/24 + 3/24 = 11/24
bakinya 24/24 - 11/24 = 13/24
baki ini dihabiskan(diterima) oleh Anak Lelaki & Anak Perempuan dengan nisbah 2:1

Dalam kes ini, hanya ada 1 org anak lelaki & 1 org anak perempuan.
Maka, 1X2 = 2, 1X1=1
Seterusnya 2+1= 3

Nilai 3 ini akan dibahagikan dengan nilai baki harta tersebut iaitu;
13 bahagi dengan 3 = 4.33333
kerana tdk dpt jawapan dlm bentuk nombor bulat & untuk mudahkan pengiraan,kita hendaklah besarkan nombor pembawahnya...bagaimana?..mudah sajaaa..
24X3= 72

Maka, bahagian ayah 4/24 menjadi 12/72 (darab 3), ibu = 12/72 & isteri 9/72.
Baki terbaru menjadi 72/72 - (12/72 + 12/72 + 9/72) = 39/72

Nilai baki ini akan diterima oleh anak lelaki & anak perempuan.
39 dibahagikan dengan 3 = 13
Seperti yang kita ketahui bahagian lelaki adalah 2:1, maka 13 darab 2 = 26

Inilah hasilnya;
Ayah - 12/72 bah.
Ibu - 12/72 bah.
Isteri - 9/72 bah.
A.Lelaki - 26/72 bah.
A.Perempuan - 13/72 bah.

Mudahkan!

2 b continue...

next Question?

Q2. Suami meninggal dunia dan warisnya adalah ayah,ibu,seorang isteri dan seorang anak perempuan.

Formula FARAiD;
Ayah - 1/6
Ibu - 1/6
Isteri - 1/8
Anak Perempuan - 1/2

Mari Mengira;
1/6 + 1/6 + 1/8 + 1/2
= 4/24 + 4/24 + 3/24 + 12/24
=23/24

Baki yang tinggal adalah 1/24.
Baki sebanyak 1/24 akan diterima oleh ayah simati.

Oleh itu, pembahagian FARAiD adalah seperti berikut;
Ayah - 5/24 bah.
Ibu - 4/24 bah.
Isteri - 3/24 bah.
Anak Perempuan - 12/24 bah.

Bagaimana pula untuk kes dibawah ini?


Q.Suami meninggal dunia dan warisnya terdiri daripada ayah,ibu, seorang isteri & 2 orang anak perempuan?

Formula FARAiD;
Ayah - 1/6
Ibu - 1/6
Isteri - 1/8
Anak Perempuan - 2/3 (2/3 digunakan apabila hanya mempunyai anak perempuan sahaja & melebihi 1 org)

Let's count!...
1/6 + 1/6 + 1/8 + 2/3
= 4/24 + 4/24 + 3/24 + 16/24
= 27/24

alamak!..macamana nilai diatas lebih besar daripada yang dibawah?
jangan panik...ini dinamakan AUL.
apabila pengiraan menjadi begini, tukarkan nilai pembawah tadi (iaitu 24 kepada 27)

Maka pembahagian FARAiD untuk kes diatas adalah;
Ayah - 4/27 bah.
Ibu - 4/27 bah.
Isteri - 3/27 bah.
Anak perempuan - 16/27bah. (bermakna setiap anak perempuan memperolehi 8/27 bahagian)

P/S; Aul bermakna penerima harta akan menerima bahagian harta sedikit daripada nilai asal.
       Kan diawalnya si ayah menerima 4/24 tapi sekarang sudah menjadi 4/27...makin mengecil bahagiannya.

Antara Tips untuk tahu samada kiraan itu betul, apabila kita mencampurkan kembali semua nilai pembahagian tadi, kita akan memperolehi nilai 1.
Seperti contoh diatas; 4/27 + 4/27 + 3/27 + 16/27 = 27/27 = 1

InsyALLAH...kita sambung di lain coretan nanti, mungkin ada nak tau kiraan jika tiada waris or hidup bermadu macamana pula kan...atau para isteri sekalian ada yang tak pueh ati - almaklum ler ada 1/8, 9/72,3/27 lah...cukup tak? kalau rajin nanti beli kapor and lakarkan kat rumah..tgk ler dapat tang mana? depan ker? dapur ker? bilik air jer ker?....tapi jgn risau,topik-topik seterusnya akan melibatkan tentang perancangan harta...BODEK ler pasangan anda kalau nak lebih..ada caranya...ISLAM itu ADa segalanya.

bersambung lagi daaa...